Tuesday, May 5, 2009

Kamus Loghat Kedah Ver. 1

Timba = baldi

"weh, mana timba nieh? aku nak letak kain yg aku dah basuh dah nieh!?" kata ahmad kepada salam.


Cebuk = gayung ( benda org duk guna untuk ceduk air )

"Man! hang p beli cebuk 1, cari yg ada tangkai, yang kat dalam rumah dah pecah" kata mak kepada anaknya pada suatu petang yg dingin.


hang = engkau, awak

Jom p makan, aku belanja hang!


bengong = bodoh @ kurang pandai

bengap = bodoh @ kurang pandai

Adeh, kenapalah aku dapat kawan yg bengong/ bengap nieh... nyusahkan orang ja!


hingaq = bising

Akim, cigu amanahkan kamu supaya jaga kelas nieh jgn bagi budak2 buat hingaq tau, kata cikgu husna kepada ketua kelas A


mereng = gila

weh, awat dia cakap sorang2? dia nieh mereng ka apa? kata abu kepada kawannya pabila terlihat seorang warga tua yg cakap keseorangan.....

Pulun = Berusaha

Dah nak final exam, baru nak pulun baca buku.. "kata aku dalam hatiku sendiri" (haha!)

P = Pergi

JOM p kolej awai skit nowh esok, kata aminah kepada sameon

Ralet = Alpa @ termenung

HA! ang duk ralet lagi, kita dahla lambat dahnieh nak p makan.. Jom2! "kata aku kepada munier"


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa kata kalau tgk orang gelak, kita xkan gelak juga?





Layanz!

8 Pengomen:

Monkey D Luffy said...

kalau kat Tawau, Sabah

Cebuk = Basuh bontot selepas membuang


kakakaka

lizz said...

a'ah.johor pun same gak.hehehe

sharamli said...

lagik satu...

r0ti = biskut...

he3...biskut 4 segi tu panggil r0ti..
r0ti keping tu p0n r0ti..hik3

أزيزول حاكيم said...

@Monkey D Luffy ::

ya ka?
haha... kat sini pun ada jugak guna untuk itu...
hehehe....

@lizz ::

mcmana kau tau hah? hehe

@sharamli ::

dekat sini biskut 4 segi 2 orang panggil roti @ biskut mayat...

------------------------------

nantikan versi ke 2 yg informasinya lebih mantap dan banyak lagi...
ZAs.... ( HAHA! )

cuit said...

baguih ni.. hang kumpui bebanyak paihtu buat cam kamuih tu no.. amacam buleh kar?

Nazz

أزيزول حاكيم said...

@cuit::
ok clear
ang orang kedah gak ka?

wanieybintang said...

mau tambah.

kasut = selipar
cekelat = gula-gula
belemoih = comot
semawa = pelawa
ketegaq = degil
baloq = malas
tak dan = tak sempat
haus/dahaga = lapaq ayaq
melepuh = melecur
lincin = licin
beskat = basikal

itu saje buat masa ini..

أزيزول حاكيم said...

@waniey bintang ::

thankz... nanti version 2 aku uploadkan yg ko nieh...
nanti aku kreditkan ko..
hehe
thankz for comment, idea n visit my blog..

Developed by Free CSS Templates Pimped for blogger by Blogger Templates